8.8.16

SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

SAINS TEKNOLOGI&KEJURUTERAAN DALAM ISLAM 
(DUA2012)

TAJUK :
PERANAN AL-QURAN SEBAGAI SUMBER UTAMA BIDANG SAINS,TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

NAMA PENSYARAH :
PUAN HAYATI BINTI TALIB @ WAHAB
KELAS:DKM2B

AHLI KUMPULAN :
SITI NURZALIFAH BINTI SHEKH SANUSI
(02DKM16F1050)
NURSHAFFIQAH ARMILA BINTI MOHD SHARIFF
(02DKM16F1096)
NOR FATIN ATIQAH BINTI AZHAR
(02DKM16F1048)
NURUL NAJWA NASUHA BINTI AHMAD TAJURI
(02DKM16F1090)
PUTERI NUR AINUL SOFWA BINTI KAMARUL HISHAM
(02DKM16F1097)




PENGENALAN

Sains,teknologi dan kejuruteraan merupakan sebahagian daripada ilmu yang terdapat dalam wahyu yang diturunkan oleh Allah SWT melalui al-quran. Al-Quran ialah sumber intelektual dan spiritual islam yang agung. Kalam Allah SWT ini adalah asas bukan hanya bagi agama dan pengetahuan spiritual tetapi bagi semua cabang ilmu pengetahuan. Al-Quran juga merupakan satu sumber utama dan inspirasi pandangan Muslim tentang kesepaduan Sains dan pengetahuan intelektual (Ab. Aziz, 2008).

PENGERTIAN 


Secara bahasa (etimologi), al-Quran berasal dari bahasa arab yaitu qur’an, dimana kata “qur’an” sendiri merupakan akar kata dari قرأ – يقرأ – قرآنا . Kata قرآنا secara bahasa berarti bacaan karena seluruh isi dalam al-Quran adalah ayat-ayat firman allah dalam bentuk bacaan yang berbahasa arab. Sedangkan pengertian al-Quran menurut istilah (terminologi) ialah firman Allah yang berbentuk mukjizat, diturunkan kepada nabi terakhir, melalui malaikat jibril yang tertulis dalam di dalam mushahif, yang diriwayatkan kepada kita dengan mutawatir, merupakan ibadah bila membacanya, dimulai dengan surat al-Fatihah dan diakhiri dengan surat an-Naas.[1]

Definisi atau pengertian al-Quran menurut bahasa dan istilah di atas merupakan kata sepakat antara ulama dan para ahli ushul. Al-Quran diturunkan oleh allah swt sebagai tata aturan bagi kehidupan semua bangsa, petunjuk yang benar untuk semua makhluk, tanda bukti atas kebenaran rasulullah Muhammad saw, dalil yang qot’ie atas kenabian dan risalahnya. Dan sebagai hujjah yang tetap tegak hingga hari kemudian.

Sebenarnya pengertian al-Quran itu sendiri sangat luas, ia tidak hanya terpaku pada satu pengertian, masih banyak pengertian lain tentang al-Quran menurut para ahli, namun yang paling mendekati dan sesuai dengan para ahli adalah pengertian seperti yang sudah disebutkan tadi. Demikian sekilas tentang pengertian al-Quran menurut bahasa dan istilah, semoga memberikan manfaat bagi pembaca sekalian.


KEDUDUKAN AL-QURAN DALAM ISLAM 

Al Qur’an sebagai dasar hukum yang pertama tidak di sangsikan lagi oleh umat islam bahawa al qur’an adalah sumber yang asasi bagi syariat islam. Dari al qur’an inilah dasar-dasar hukum islam beserta cabang-cabangnya digali.
Agama islam, agama yang dianut oleh umat muslim di seluruh dunia, merupakan way of life yang menjamin kebahagian hidup pemeluknya di dunia dan di akhirat kelak

 
PERANAN AL-QURAN DALAM BIDANG SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

Bil
Al-Quran Sumber Bidang Sains Teknologi & Kejuruteraan
Huraian
1
Garis panduan kepada saintis dalam melaksanakan sesuatu ujikaji
Ø  Menggalakkan supaya mengkaji alam tabi’i.
Ø  Mengajak manusia supaya menggunakan akal fikiran dan mata hati untuk berfikir.
Bukti-bukti dalam  ayat al-Quran :-
1)   Firman Allah dalam Surah al-Ghasiah : 17-20
Maksudnya: 
Mengapa mereka yang kafir masih Mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan? (17) Dan keadaan langit bagaimana ia ditinggikan binaannya?(18) Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan? (19) Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan?” (20) 
(Surah Al-Ghasiah :17-20)
2)    Firman Allah dalam Surah Al-Ankabut :19
Maksudnya : 
Tidakkah mereka melihat dan memikirkan bagaimana Allah mencipta makhluk-makhluk pada mulanya, kemudian Ia akan mengembalikannya (hidup semula sesudah   matinya)? Sesungguhnya yang demikian itu amatlah mudah bagi Allah”.
3)    Firman Allah dalam Surah Ar-Ra’d : 3 – 4
Maksudnya :
Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia jadikan padanya pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir. (3)
 Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan  menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia jadikan padanya pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir.(4)”
2
Kitab yang menjadi sumber pelbagai cabang sains / teknologi.
Ø  Sifat al-Quran sebagai petunjuk  dan rahmat yang dapat menjadi panduan kepada pembentukan bidang-bidang dan cabang-cabang ilmu atau klasifikasi ilmu dalam Islam.
Ø  Bukti-bukti ayat-auat al-Quran antaranya :-
1)          Firman Allah dalam Surah Rum ayat 22 :

Maksudnya : “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaan-Nya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan.”
(Surah ar-Rum : 22)
2)          Firman Allah dalam surah An-Nahl : 11
Maksud ayat : 
Ia juga menumbuhkan bagi kamu dengan sebab hujan itu tanaman-tanaman dan pokok-pokok zaitun dan tamar (kurma) serta anggur; dan juga dari segala jenis buah-buahan. Sesungguhnya yang demikian mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu berfikir”.
3)          Firman Allah dalam Surah Ibrahim ayat 21-22 :
Maksud ayat : 
“Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi dan menurunkan hujan dari langit lalu mengeluarkan dengan air hujan itu buah-buhan untuk menjadi makanan bagi kamu dan Dia yang memberi kemudahan kepada kamu menggunakan kapal-kapal untuk belayar di laut dengan perintah-Nya juga yang memudahkan sungai-sungai untuk kamu (mengambil manfaat darinya). Dan Dia juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar untuk kepentingan kemudahan kamu  dan yang menjadikan malam dan siang bagi faedah hidup kamu”.
3
Menggalakkan pembangunan teknologi.
Ø  Memberi galakan dalam membina teknologi.
Ø  Umat Islam mestilah sentiasa bersedia dengan teknologi semasa.
Ø  Bukti-bukti dalam ayat al-Quran :
1)    Firman Allah dalam Surah al-Anfal ayat 60:
Maksud ayat :
“Dan sediakakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengentahuinya sedangkan Allah mengetahuinya dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya”.
(Surah al-Anfal:60)
2)    Firman Allah dalam Surah Al-Anbiya’ ayat 80:
Maksud ayat :
Dan Kami mengajar Nabi Daud membuat baju-baju besi untuk kamu, untuk menjaga keselamatan kamu dalam mana-mana peperangan kamu, maka adakah kamu sentiasa bersyukur?”
3)          Firman Allah dalam surah al-Mukminun ayat 27:
Maksud ayat : 
Lalu Kami wahyukan kepadanya: "Buatlah bahtera dengan pengawasan serta kawalan Kami, dan dengan panduan wahyu Kami (tentang cara membuatnya); kemudian apabila datang hukum Kami untuk membinasakan mereka, dan air memancut-mancut dari muka bumi (yang menandakan kedatangan taufan), maka masukkanlah ke dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap jenis haiwan (jantan dan betina), dan bawalah ahlimu (dan pengikut-pengikutmu) kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya di antara mereka (disebabkan kekufurannya); dan janganlah engkau merayu kepadaku untuk menolong kaum yang zalim itu, kerana sesungguhnya mereka akan ditenggelamkan dengan taufan sehingga mati lemas.”
4
Panduan dalam penggunaan teknologi
Ø Al-Quran memberi garis panduan dan penggunaan teknologi bagi membangunkan alam.
Ø Untuk membangunkan alam mestilah berbentuk yang tidak merosakkan dan memusnahkan alam dan juga memusnahkan nilai akhlak manusia.
1)   Ayat al-Quran yang berkaitan adalah dalam Surah Rum:41
Terjemahannya : “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”.
5
Menjadikan sains teknologi dan kejuruteraan mencapai fakta dan bukti ke arah kebenaran
Ø  Menunjukkan kebenaran hakikat sesuatu kejadian yang diciptakan Allah berdasarkan kepada sains, teknologi dan kejuruteraan Islam.
Ø  Membuktikan akan fakta-fakta yang dapat mencapai sesuatu kea rah kebenaran sesuatu perkara dan kejadian.
Ø  Dapat mengaitkan sains, teknologi dan kejuruteraan dalam al-Quran dengan fakta sains hari ini.
Ø  Mengenai Teori Ledakan Besar (The Big Bang Teory). Ada yang percaya kepada ‘teori keadaan yang tidak berubah’ (steady state) iaitu dunia ini adalah seperti purbakala, tidak berubah. Dibuktikan dengan ayat-ayat al-Quran dan kata-kata Allah sendiri.
Ø  Bukti-bukti ayat al-Quran antaranya:
1)   Firman Allah dalam surah Yaasin ayat 82:
Terjemahan :
 “Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". Maka ia terus menjadi.”





 KEPENTINGAN SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM ISLAM
Dalam kurikulum Pendidikan Islam, Sains dan Teknologi sama pentingnya (fardhu kifayah) dilihat dari isi kandungan kewajaran dan kewajipan umat terhadapnya, dibandingkan dengan ilmu-ilmu Ad-Diniyyah yang disifatkan sebagai asasi (fardhu Ain-tiada tukaran ganti kepada individu itu jika tidak melaksanakannya menjadi tanggungjawab peribadi) seperti ‘ulum al-aqaa’id-ilmu Aqidah Islamiah, ‘ulum asy-syaraa’ik-ilmu akhlak Islamiah berserta dengan ‘ulum masaadir wa ummahaat al-kutub al-Islamiyyah-ilmu-ilmu mengenai sumber-sumber rujukan dasar Islam iaitu Al-Quran dan Al-Ahadith an-Nabawiyyah erta tafsiran-tafsiran dasar daripada agama Islam melalui peninggalan ulamak Islam terdahulu dan diiktiraf keseluruh dunia Islam hasil ulasan dan pandangan serta ijtihad mereka- muktabaratin asy-Syuyuukh didalam bidang-bidang tersendiri (kelebihan di bidang masing masing).
Maka oleh kerana sains dan teknologi ini merupakan ilmu Allah SWT, yang bersifat rasional dan saintifik, emperikal dan realistic, berkaitan dengan kecerdasan akal insan dan melibatkan pengkajian dan penyelidikan umat manusia, maka Al-Quran dan Al-Sunnah tidak memberikan fokus terperinci terhadapnya. Walau bagaimana pun ajaran Islam menurunkan beberapa prinsip dasar ilmu-ilmu tersebut di sana sini sama ada di dalam Al-Quran mahupun Al-Sunnah al-Nabawiyyah. Perlu diingat disini, bahawa Islam tidak bersifat Autokratik dalam menentukan kebenaran sains dan teknologi umat. Malah Islam meletakkan beberapa dasar-dasar hukum khusus dan umum-general and specific principles oaf jurisprudence (Qawaa’id al-‘aam wa al-khaas) untuk memperolehinya dan melaksanakannya agar tidak bercanggah dengan kepentingan pembangunan dan kemakmuran muka bumi seperti yang dikehendaki oleh Allah swt, pencipta agung alam raya ini. Contohnya didalam membangunkan teknologi nuclear, Islam tidak melarang manusia menyelidiki dan menguasai punca dan sumber tenaga dari pengkayaan Uranium untuk kegunaan dan faedah-faedah teknologi untuk memiliki tenaga elektrik, teknologi perubatan, bio-teknologi serta kegunaannya di bidang pertanian dan sebagainya. Prinsip dasar Islam ialah agar teknologi ini digunakan secara betul, berilmu serta dengan pengawasan teknologi tinggi agar tidak berlaku kebocoran, kehancuran dan kebinasaan jumlah terhadap manusia dan alam swkitar (lihat surah ar-Ruum, 30), dimana Allah SWT menggunakan istillah “Dzahara al-fasad fi al-barri wa al-barri bima kasabat aydi an-Nass”- muncul kebinasaan jumlah di muka bumi dan di lautan disebabkan kerja tangan manusia, agar mereka merasai keperitannya supaya mereka kembali kepada Allah SWT- iaitu prinsip ilmu pengetahuan dengan meninggalkan ketamakan syahwat dan keutamaan kebendaan (materialistik) semata-mata. Cara mengekalkan kerosakkan itu juga berkait rapat dengan sains dan teknologi perlindungan dan kawalan sains, teknologi dan industri di kalangan umat Muslimin.
Umat Islam diwajibkan oleh Allah SWT untuk membangunkan aspek-aspek yang semulajadi mereka dan menggunakan potensi-potensi keperluan yang sesuai dengan mereka. Unsur pembangunan material dan kerohanian adalah selaras dengan unsur kejadian manusia dual-nature iaitu jasad dan roh. Maka sasaran keilmuan mereka, Allah SWT telah anugerahkan dua fakulti yang maha hebat iaitu-rational cognative faculty , iaitu fakulti akal rasional (human intellect) dan fakulti akal intuisi jiwa insan (the psychological of human soul). Maka akal rational sangat peka kepada bahan-bahan kajian emperikal dan intuisi kejiwaan insan sangat peka kepada hati sanubari atau nurani yang menerima ilham dan kefahaman dari Allah SWT (nuuriLlah). Gabungan kedua-keduanya memberi sesuatu bentuk ilmu sepadu- integrated knowledge and sciences yang akan memberi kekuatan kepada manusia Muslim di dunia untuk memimpin umat manusia di dunia mahupun untuk keselamatan di akhirat.

TUNTUTAN MENGKAJI SAINS DAN TEKNOLOGI

Perbezaan ketara antara Islam dan agama-agama lain, ialah menganjurkan kajian dan penyelidikan secara terbuka terhadap bidang kuasa yang termampu oleh akal fikiran mengkajinya agar memperolehi sesuatu hakikat atau makna yang tepat terhadap sesuatu objek perkara atau fenomena kejadian di alam semesta ini.
Tradisi Al-Quran dari Allah SWT membuka minda manusia untuk berfikir dan mengkaji kejadian di langit dan di bumi agar bertambah peranan akal rasional dalam meneliti hakikat kejadian Ilahi di hadapan mata mereka, kemudian Allah SWT mendorongkan jiwa halus serta perasaan fitrah mereka mengiktirafkan kehebatan Ilmu dan teknologi Maha Pencipta yang terbentang secara konkrit untuk kegunaan dan faedah manusia.


PERANAN SAINS DAN TEKNOLOGI KESAN PENGABAIAN SAINS DAN TEKNOLOGI

Antara peranan yang dimainkan oleh sains dan teknologi serta penyelidikannya ialah:

Membantu manusia mengenal Pencipta
Sains dan Teknologi serta penyelidikan menghantar penyelidik-penyelidik, ke dasar atau punca ilmu Allah SWT atau ke persisian keagungan Ilahi al-Alim, al-Hakim dan al-Khabir. Tajuk kajian (subject matter), itu dilihat sebagai tanda-tanda keagungan Allah SWT (the sign of souverengnty Allah) di alam nyata yang tersusun rapid an unik. Untuk memahami hakikat inilah, Allah SWT dengan perantaraan al-Quran, al-Karim, menyebut tidak kurang dari 750 ayat menjelaskan fenomena saintifik yang terdapat di alam nya ini. Menyingkap fenomena ini, bererti manusia telah berinteraksi dengan nama-nama Allah SWT dan sifat-sifatNya yang maha tinggi dan mulia secara langsung dan praktikal. Inilah maksudnya sains dan teknologi membawa manusia menerima dan mengiktiraf keagunganNya (accepted and acknowledged) dan beriman serta tunduk di bawah peraturan Allah SWT sebagai seorang Islam-aslamna lillah Muslimin.

KESIMPULAN

Daripada berbagai huraian yang telah disampaikan pada bab sebelumnya, dapat diambil kesimpulan seperti berikut :

1. Al-Quran merupakan mukjizat yang diturunkan oleh Allah kepada Rasulullah melalui perantaraan malaikat Jibril hendaklah dijadikan panduan umat manusia untuk melakukan suruhan Allah dan meninggalkan larangan-Nya.
2. Fungsi Al-Quran sebagai petunjuk untuk memberi peringatan dan pelajaran kepada manusia.
3. Al-Quran sebagai sumber hukum pertama dalam kehidupan manusia untuk memperoleh kesejahteraan dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.

RUJUKAN

1. Buku Rujukan Sains Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam
   -Pengarang :
Mohd Azli Adnan, Asnuurien Najma Ahmad, Azman Ab Rahman
   -Tahun terbitan : Mei 2015



                            



2. Tafsir Al-Quran
   -Penerbit : Maghfirah Pustaka
   -Pengarang : Dr. Ahmad Hatta, MA




                          


3.  Buku Rujukan Pengenalan Tamadun Islam dalam Sains dan Teknologi
    -Pengarang : Shahrir Mohamad Zain
    -Penerbit : Dewan Bahasa Dan Pustaka




                             


4. Buku Pintar Sains dalam Al-Quran
    -Pengarang : Dr. Nadiah Thayyarah
    -Penerbit : Zaman, Jakarta
    -Tahun terbitan : November, 2013



LAMPIRAN

 Kemudahan Dalam Bidang Perubatan
                     
                        
                              
                                     Kemudahan Dalam Bidang Teknologi



                     

         Kemudahan Dalam Bidang Kejuruteraan